16 May 2012

SEBINGKIS CEBISAN SEBUAH RENUNGAN


Pada satu masa dahulu, ada seekor kura-kura yang selalu memandang sinis terhadap seekor katak. 
Apabila katak tersebut telah hilang sabar terhadap perlakuan biadab kura-kura terhadapnya, ia pun bertanya kepada sangkura-kura itu.

“CikKura-Kura, pernahkah aku menyakiti hatimu, sehinggakan kau selalu memandang sinis terhadapku dan tidak pernah menegurku walau sekalipun.?”

Kura-kura pun menjawab..
” Aku bukannya membenci kamu, namun setiap kali aku melihatmu, aku berasa marah dan sedih kerana kamu mempunyai 4 kaki dan bebas untuk melompat ke sana dan ke mari, manakala aku pula hanya dapat merangkak di tanah dan terpaksa membawa cengkerang yang berat ini. Sebenarnya, aku juga ingin menjadi bebas seperti kamu..”

Katak lalu menjawab..
” Cik Kura-Kura, setiap hidupan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Aku mempunyai kelebihanku sendiri dan kau juga tidak ketinggalan begitu.”

Pada suatu hari, ada seekor helang terbang ke arah mereka berdua lalu menyambar si katak tersebut. 
Sang kura-kura yang ketakutan terus menyembunyikan dirinya di sebalik cangkerangnya. 
Pada ketika itu, barulah ia sedar bahawa cangkerang yang dimilikinya adalah satu kelebuhan dan bukannya satu beban.

Moral disebalik cerita ini :
Setiap insan memiliki kelebihan dan juga kekurangan masing-masing, namun janganlah kamu merasa bahawa kamu adalah malang kerana ada lagi insan lain yang lebih malang darimu. Jangan terlalu memikirkan kelebihan yang orang lain ada, kamu mungkin merasa tak cukup dan lupa dengan apa yang kamu ada. Bersyukurlah atas apa yang kamu miliki dan berterima kasihlah atas apa yang telah Allah berikan kepadamu..

No comments:

Post a Comment