29 March 2013

We miss you Ya Rasululullah :'(


The last moment of our beloved prophet Muhammad s.a.w 



" The last sight from this dunya of Rasulullah (saws) was his ummah in salah. His ummah united in salah, that was the last sight of his ummah..." :'(


Oh Allah Grant us the love of you and prophet Mohammad (s.a.w)


28 May 2012

Berkatkah hidup kita??

4 Tanda Hidup Tak Berkat

Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga .



#copypaste

18 May 2012

Beza Solat Dan Sembahyang

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat.” Tetapi pada hakikatnya, istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur “Syirik.”

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan “Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang di ambil daripada perkataan “Sembah” dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai “menyembah berhala yang bernama Hyang.”

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datangke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” merujuk kepada “menyembah dewa yang bernama Hyang.” Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka.

Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “Solat” juga diistilahkan sebagai “Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama Hyang.”

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. “nak, bangun!. pergi “Sembahyang Subuh,” kepada “nak, bangun!. Pergi “Solat Subuh.”

Solat lebih tepat istilahnya Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

16 May 2012

SEBINGKIS CEBISAN SEBUAH RENUNGAN


Pada satu masa dahulu, ada seekor kura-kura yang selalu memandang sinis terhadap seekor katak. 
Apabila katak tersebut telah hilang sabar terhadap perlakuan biadab kura-kura terhadapnya, ia pun bertanya kepada sangkura-kura itu.

“CikKura-Kura, pernahkah aku menyakiti hatimu, sehinggakan kau selalu memandang sinis terhadapku dan tidak pernah menegurku walau sekalipun.?”

Kura-kura pun menjawab..
” Aku bukannya membenci kamu, namun setiap kali aku melihatmu, aku berasa marah dan sedih kerana kamu mempunyai 4 kaki dan bebas untuk melompat ke sana dan ke mari, manakala aku pula hanya dapat merangkak di tanah dan terpaksa membawa cengkerang yang berat ini. Sebenarnya, aku juga ingin menjadi bebas seperti kamu..”

Katak lalu menjawab..
” Cik Kura-Kura, setiap hidupan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Aku mempunyai kelebihanku sendiri dan kau juga tidak ketinggalan begitu.”

Pada suatu hari, ada seekor helang terbang ke arah mereka berdua lalu menyambar si katak tersebut. 
Sang kura-kura yang ketakutan terus menyembunyikan dirinya di sebalik cangkerangnya. 
Pada ketika itu, barulah ia sedar bahawa cangkerang yang dimilikinya adalah satu kelebuhan dan bukannya satu beban.

Moral disebalik cerita ini :
Setiap insan memiliki kelebihan dan juga kekurangan masing-masing, namun janganlah kamu merasa bahawa kamu adalah malang kerana ada lagi insan lain yang lebih malang darimu. Jangan terlalu memikirkan kelebihan yang orang lain ada, kamu mungkin merasa tak cukup dan lupa dengan apa yang kamu ada. Bersyukurlah atas apa yang kamu miliki dan berterima kasihlah atas apa yang telah Allah berikan kepadamu..

01 May 2012

Renungan bersama untuk muhasabah diri :)


Sumber : Surau Al-Muttaqin (Kolej Matrikulasi Pahang)KMPh


Wahai wanita solehah,
Jangan risau akan jodohmu,kerana muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut pada wanita hanya pada wanita hanya pandangan kecantikan,lirikan senyuman,pada bicara manja yang menggoda dan pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.
Telah tercatat seungkap nama lelaki di Lauh Mahfuz untukmu,cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu.Jika kau tetap di jalan yang diredhai-Nya.
InshaAllah si dia turut di jalan yang sama.

Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya mahupun hatinya,kerana Allah teramat menyintainya...
Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,dimana Allah untuk menjaga kita???
Allah seperti melepaskan kita pada seorang manusia yang lebih banyak kecewakan kita...
JIka Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,ini bermakna Allah ambil kita untuk dijaganya...

Mengapa kita masih ragu-ragu???

Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari...
Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan.

InshaAllah,semoga kita semua sentiasa dibimbing oleh Allah s.w.t untuk berada di jalan yang diredhai-Nya.Amin.

25 March 2012

siang dan malam


Menyemarakkan Sunnah, Mencintai Nabi.


Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Sesungguhnya, ape yang saya paparkan ini adalah sebagai peringatan kepada anda dan juga diri saya sendiri. video ini adalah assignment tasawwur islam, di mana group2 memilih tajuk sendiri yang boleh dikaitkan sains dengan islam, sekiranya ade kesilapan di dalam video-video ini diharapkan anda dpt menegur kami yang hina ini lagi cetek pengetahuan. Tinggalkan komen anda untuk saya meningkatkan mutu video pada masa hadapan, insyaAllah. Terdapat beberapa video yang tidak sempat saya ambil drpd group lain, hanya ini yang termampu.