01 May 2012

Renungan bersama untuk muhasabah diri :)


Sumber : Surau Al-Muttaqin (Kolej Matrikulasi Pahang)KMPh


Wahai wanita solehah,
Jangan risau akan jodohmu,kerana muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut pada wanita hanya pada wanita hanya pandangan kecantikan,lirikan senyuman,pada bicara manja yang menggoda dan pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.
Telah tercatat seungkap nama lelaki di Lauh Mahfuz untukmu,cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu.Jika kau tetap di jalan yang diredhai-Nya.
InshaAllah si dia turut di jalan yang sama.

Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya mahupun hatinya,kerana Allah teramat menyintainya...
Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,dimana Allah untuk menjaga kita???
Allah seperti melepaskan kita pada seorang manusia yang lebih banyak kecewakan kita...
JIka Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,ini bermakna Allah ambil kita untuk dijaganya...

Mengapa kita masih ragu-ragu???

Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari...
Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan.

InshaAllah,semoga kita semua sentiasa dibimbing oleh Allah s.w.t untuk berada di jalan yang diredhai-Nya.Amin.

No comments:

Post a Comment