22 August 2011

MAKMUM TAK SEMPAT BACA AL-FATIHAH

Seorang Ustaz berkata:
kita solat dengan Imam(rakaat 3,4)kalau tak sempat baca Fatihah boleh terus rukuk bersama Imam sebabnya Imam itu diikuti perbuatannya……!

Lagi sorang Ustaz kata:
kita kena habiskan Fatihah dan baru boleh rukuk bersama Imam…..sebabnya x sah solat tanpa Fatihah…..rakaat 1,2 takpe sebab ada khilaf……

mana yang kuat Ustaz….. Yellow Rolleyes

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan nokia dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Tidak dinafikan, bacaan al-Fatihah merupakan perkara rukun didalam solat, tanpanya solat tidak sah. Sabda Nabi saw :-

لا صَلاة لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
“Tidak ada solat bagi yang tidak membaca pembukaan kitab (al-Fatihah)” [Hadith Riwayat al-Bukhari, #714]

Ulama’ seperti al-Shawkaan, Ibn Taimiyah, Ibn Utsaimin, dll berpendapat bahawa terdapat dua keadaan dimana membaca al-Fatihah dikecualikan, iaitu :-

a. Jika seseorang itu mendapatkan Imam ketika dia sedang ruku’

b. Jika seseorang itu mendapatkan Imam hampir-hampir dia hendak ruku’, dan dia (makmum) tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah.

Kedua2 keadaan ini bacaan al-Fatihah boleh dikecualikan.

a. Didalam kes pertama, dalilnya datang dari hadith Abu Bakrah ra. yang dikatakan mendapati Nabi saw semasa baginda sedang ruku’ dan beliau telah ruku’ sebelum sampai ke saf. Dia telah menyatakan perkara ini kepada Nabi saw dan baginda bersabda :-

زَادَكَ اللَّهُ حِرْصًا وَلا تَعُدْ
“Moga Allah menjadikan anda lebih tekun, akan tetapi jangan lakukan lagi” [Hadith Riwayat al-Bukhari, #783].

Hadith ini juga menjelaskan bahawa Abu Bakrah ra. telah mendapat rakaat bersama Nabi saw dan beliau telah terus ruku’ tanpa membaca al-Fatihah. Jika rakaat tersebut tidak diterima, sudah tentu Nabi saw akan menegur dan menyuruh Abu Bakrah ra. menambah bilangan rakaat. [Lihat Silsilat al-Ahadith al-Sahihah, ms. 230].

b. Didalam kes kedua, memang terdapat khilaf ulama’. al-Shirazi didalam Muhazzab mengatakan jika seseorang itu semasa sedang membaca sebahagian al-Fatihah, mendapati Imam melakukan ruku’. Disini terdapat 2 pandangan :-

1. Berhenti membaca al-Fatihah dan terus ruku’. Bacaan al-Fatihah dikecualikan.
2. Terus membaca al-Fatihah kerana dia telah memulakan bacaan al-Fatihah, seharusnya dia menghabiskan bacaan tersebut. [al-Majmu', 4/109].

Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh, bekas Mufti Besar Arab Saudi berpendapat bahawa hendaklah dia terus ruku’ tanpa menghabiskan bacaan al-Fatihah. Disana ada hadith yang menyatakan bahawa Imam itu dilantik untuk diikuti [Majmu' Fataawa Ibn Baaz, 11/243]. Sabda Nabi saw :-

إنما جعل الإمام ليؤتم به ، فلا تختلفوا عليه ، فإذا كبر فكبروا ، وإذا ركع فاركعوا
“Imam dijadikan untuk diikuti, maka janganlah kamu berbeza dengannya. Apabila dia bertakbir maka hendaklah kamu bertakbir, jika dia ruku’ hendaklah kamu ruku’” [Hadith Muttafaq 'Alaih].

Syeikh Ibn Utsaimin rh didalam fatwanya menyebut :-

إذا دخل المأموم والإمام يريد أن يركع , ولم يتمكن المأموم من قراءة الفاتحة , إن كان لم يبق عليه إلا آية أو نحوها بحيث يمكنه أن يكملها ويلحق الإمام في الركوع فهذا حسن , وإن كان بقي عليه كثير بحيث إذا قرأ لم يدرك الإمام في الركوع فإنه يركع مع الإمام وإن لم يكمل الفاتحة
“Jika seseorang Makmum masuk bersama Imam yang ingin melakukan ruku’, dan Makmum belum sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah, jika hanya beberapa ayat yang tinggal, dan dia boleh menghabiskannya dan menyertai Imam didalam ruku’, maka ini adalah baik. Jika dia mempunyai banyak ayat lagi yang tinggal, dan membaca keseluruhannya akan menyebabkan dia tidak boleh mendapatkan Imam semasa ruku’, maka hendaklah dia ruku’ bersama Imam walaupun belum sempurna bacaan al-Fatihah” [Majmu' Fataawa Ibn Utsaimin, 15/106].
————-

Kesimpulannya: Pendapat ustaz yang pertama dipilih dimana dalilnya hadith Imam dijadikan untuk diikuti. Menurut Ibn Taimiyah, hadith ini lebih khusus dari hadith membaca al-Fatihah yang berbentuk umum bila diaplikasikan didalam kes diatas.WA.

wassalam

http://soaljawab.wordpress.com/2008/01/29/makmum-tak-sempat-baca-fatihah/

16 August 2011

perlukah wudhu membaca/memegang al-quran?


Pertama: Ijma' fuqaha' menetapkan harus membaca alQur'an tanpa wudhu' dan tanpa menyentuh musyhaf, namun berwudhu' itu lebih afdhal (Imam Syaraf anNawawi, alMajmu' Jld 2, ms 76)

Kedua: Orang berhadas kecil membaca, menyentuh dan membawa dari musyhaf. Khilaf fiqhi, jumhur (termasuk Syafi'iyah) menegahnya berdasarkan dalil Qur'ani alWaqi'ah:78-79 dan hadis riwayat Malik dan Baihaqi dari Umar bin Hizam.

Para pentahqeeq (penilai semula) terdiri dari pentarjih hadis dan ahli tafsir alQur'an berpendapat orang berhadas kecil dan besar boleh membawa, menyentuh dan membaca alQur'an. Antaranya ialah Imam alHafidz asySyawkani (nailool Awthor, Jld 1), Imam alHafiz Ibn Hajar (Fathul Baari, Jld 1) mereka menggunakan pendapat Ibn Abbas, pentafsir nombor satu alQur'an yg mentafsirkan ayat 79 dalam surah alWaqi'ah yg secara mutlak merujuk kepada Malaikat, kerana ayat 11-16 (S Abasa) dan ayat alBuruj 21-22) memperkuatkan tafsiran ayat 79 (S Waqi'ah) itu adalah Malaikat. Dari pengkaji hadis pula mendapati hadis-hadis yg menegah orang hadas menyentuh alQur'an ada cacatnya.

Seorang pengkaji semula hukum-hukum fiqih dari Saudi, Syaikh Abu Yusof Abd Rahman Abd Samad,as-ilatu thalatah Haulaha al Jadal merumuskan dari perselisihan fuqaha' ini,. hukum pertengahan ialah Makruh hukumnya orang berhadas menyentuh dan membawa musyhaf.

maklumat lanjut:
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=94&t=27486&p=31649&hilit=menyentuh+alquran#p31649

15 August 2011

alhamdulillah,

assalamualaikum.. terima kasih kepada ikhwan zamri kerana mengADD ana ke blog ini.... semoga kita semua ahli BADAIS 0610 akan sentiasa bersatu untuk berusaha nasihat menasihati antara satu sama lain.. semoga dgn medium ini ada harap antum semua dapat merapatkan lagi tali silaturahim antara kita dan jgn lah kamu berpecah belah.. damaikanlan antara 2 saudara kamu yang berselisih faham dan bertakwa lah kepada Allah dgn sebenar2 taqwa.. insyaAllah.. :D

niat solat

Niat adalah antara syarat terpenting dalam ajaran Islam dan ia mewakili tunggak utama bagi penentuan segala amal ibadah mahupun amal kebajikan seseorang itu. Niat membezakan kerana apa seseorang itu melakukan sesuatu amal itu dan amal apakah yang sedang ia lakukan. Niat secara bahasa bermaksud al-qasdu - keinginan, al-'azimah - kehendak, al-iradah - keinginan kuat dan al-himmah - menyengajakan sesuatu. Secara Islam pula ia bermaksud kehendak hati terhadap suatu perkerjaan untuk mencari keredhaan Allah Subhanahu waTa'ala dengan mengikut aturan-aturanNya.[1]

Bentuk niat bagi ibadah solat yang disepakati secara ijtihad oleh para fuqaha adalah seseorang itu perlu tahu dengan sedar solat apakah yang akan dilakukannya. Apabila seseorang itu hendak memulai solatnya, atau apabila sedang bertakbir bagi pembukaan solat, dituntut agar dia mengetahui dengan sedar solat apakah yang akan ditunaikan itu. Tuntutan ini tercapai dengan lintasan hati yang berbunyi - Ini solat zuhur aku atau Aku sekarang bersolat Asar atau Aku kini solat sunat sebelum Maghrib. Lintasan hati ini boleh dibantu dengan sebutan mulut bagi mereka yang sering dilanda perasaan was-was dalam hatinya. Mengetahui dengan sedar akan solat apakah yang ditunaikan itu diistilahkan sebagai at-Ta'yin.[2] Tuntutan ini hanya dianjurkan bagi memudahkan umat Islam umumnya untuk memperoleh keyakinan dan menjauhkan sifat was-was dalam ibadah mereka.[3]

Tidak perlu menerangkan kesengajaan (dengan lafaz Usolli) bagi memulakan ibadah solat kerana setiap ibadah sememangnya adalah perbuatan yang sedar lagi diketahui dan bukan sesuatu yang tidak sengaja atau terbuat. Tidak perlu menyebut bilangan rakaat yang akan dilaksanakan kerana bilangan raka'at bagi setiap solat itu sudahpun ditetapkan oleh syari'at dan ia tidak boleh berubah-ubah. Tidak perlu menyebut Kerana Allah kerana sememangnya setiap perbuatan ibadah itu adalah kerana Allah dan bukan kerana sesuatu selain Allah. Dalam erti kata lain tidak perlu menyebut sesuatu yang sudah sememangnya ditetapkan oleh syari'at atau sesuatu yang tidak bermanfaat atau sesuatu yang tidak dapat dialih hakikatnya. Pengecualian diberikan kepada dua jenis solat iaitu solat qadha dan solat jamak. Penerangannya adalah seperti berikut -

1. Solat qadha adalah solat yang dilakukan di luar waktu yang ditetapkan. Oleh itu dalam niat bagi solat yang akan diqadha itu perlu dijelaskan bahawa solat tersebut adalah suatu yang diganti dari yang lepas dan bukan yang hadir. Adapun bagi solat-solat yang ditunaikan dalam waktunya tidak perlu diterangkan statusnya kerana sememangnya perintah solat itu asalnya adalah di dalam masa yang telah ditentukan.[4]

2. Apabila hendak menunaikan solat secara jamak dalam waktu yang kedua (Jamak Takhir), maka dituntut bagi orang tersebut mengetahui dengan sedar dalam waktu yang pertama bahawa dia akan melakukan solatnya itu di waktu yang kedua. Contohnya bagi seseorang yang mahu melakukan solat Zohor dan Asar secara jamak dalam waktu Asar maka dia wajib secara sedar berniat dalam waktu Zohor bahawa dia akan menunaikannya secara jamak dengan solat Asar dalam waktu Asar. Ini tercapai dengan lintasan hati atau sebutan mulut yang berbunyi Solat Zohor aku ini akan aku jamakkan dengan solat Asar dalam waktu Asar nanti. Demikian juga bagi solat jamak takhir Maghrib dan Isya'. Tuntutan ini diwujudkan bagi membezakan bahawa seseorang itu bersolat jamak takhir berdasarkan pengetahuan yang sedar sejak dari awal dan bukan kerana lalai, berlaku remeh atau malas ketika dalam waktu yang pertama.[5] Jika seseorang itu benar-benar lupa secara ikhlas lagi tidak sengaja untuk meniatkan jamak takhir bagi solatnya yang pertama padahal sudah dirancang sejak dari awal maka dibolehkan bagi dia untuk tetap menunaikan solatnya itu secara jamak takhir kerana lupa itu adalah salah satu dari keuzuran yang dimaafkan oleh Islam. Sabda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam: Sesungguhnya Allah telah memaafkan kerana aku, kesilapan dan kelupaan dari umat aku serta apa yang mereka lakukan kerana dipaksa.[6]

Adapun susunan lafaz niat seperti "Usolli fardhu Isyai arba'an raka'atin adaan lillahi Ta'ala atau yang seumpama lalu kemudian dibisikkan pula dalam hati terjemahan lafaz di atas - sebenarnya tidak pernah di ajar oleh al-Qur'an mahupun as-Sunnah. Walhal di sebalik itu kita dapati sunnah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam secara jelas menunjukkan bahawa ibadah solat itu dimulai hanya dengan sebutan Allahu Akbar sebagai takbir tanpa didahului oleh sebarang lafaz niat. Abu Ahmad as-Sa'idiy radiallahu-anhu menerangkan: Adalah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam apabila berdiri untuk solat, beliau menghadap qiblat kemudian mengangkat kedua tangannya seraya berkata - 'Allahu Akbar'.[7] Dari hadith ini telah menulis Prof. Dr. Hasbi as-Shiddieqie - Dengan hadith ini dan hadith-hadith yang lain kita dapat mengetahui bahawa Nabi sallallahu-alaihi-wasallam tidak pernah membaca "Nawaitu" atau "Usolli". Dalam erti kata lain beliau tidak pernah membaca lafaz niat. Nabi sallallahu-alaihi-wasallam tidak pernah menyuruh para sahabat membacanya dan tidak pernah pula mengajarnya kepada seseorang.[8]

Rekaan dan ciptaan lafaz-lafaz niat sebegini juga hanya menyusahkan umat dan sering kali ia membawa kesukaran untuk sesetengah orang dalam usaha mereka menyempurnakan lafaz-lafaz sebegini sehingga adakalanya takbir solat menjadi sangat panjang atau ada juga yang berulang-ulang kali. Imam Ibnu Qayyim seorang ahli hadith, ahli fiqh dan juga pembasmi bid'ah yang masyhur pada kurun ke-8H menerangkan:

Niat ertinya menyengaja dan bermaksud bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu. Dan tempatnya ialah di dalam hati dan tidak ada sangkut-pautnya sama sekali dengan perbuatan lisan. Dari itu tidak pernah diberitakan dari Nabi sallallahu-alaihi-wasallam, begitu juga para sahabat beliau radiallahu-anhum mengenai lafaz niat ini.

Dan ungkapan-ungkapan yang dibuat-buat dan diucapkan pada permulaan wudhu' dan solat ini telah dijadikan oleh syaitan laknatullah sebagai arena pertarungan bagi orang-orang yang diliputi perasaan was-was, yang menahan dan meyiksa mereka dalam lingkaran tersebut dan menuntut mereka untuk menyempurnakannya. Justeru itu anda akan lihat masing-masing mereka mengulang-ulangi dan bersusah payah untuk melafazkannya padahal yang sedemikian itu sama sekali tidak termasuk dalam upacara (hukum-hakam) solat.[9]

Imam Ibnu Qayyim juga seterusnya menerangkan dalam kitabnya yang lain: Ketika berdiri menunaikan solat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam mengucap "Allahu Akbar" dan beliau tidak mengucapkan apa-apapun di sebelumnya, atau tidak melafazkan (apa-apa) niat atau tidak pernah mengucapkan "Aku berniat solat demi Allah dalam solat Asar ini menghadap qiblat 4 raka'at sebagi imam" atau "sebagai makmum". Tidak pula mengucapkan "Pada waktunya atau qadha" dan tidak pula menyebutkan fardhu waktu. Inilah 10 bentuk bid'ah yang tidak pernah dikutip oleh sesiapapun baik dengan hadith yang sahih, daif ataupun mursal. Bahkan tidak ada dari para sahabat, tabien ataupun Imam-imam Mazhab yang empat.

Bid'ah ini terjadi kerana sebahagian generasi mutakhir keliru dalam memahami penyataan Imam Shafie mengenai solat - "Sesungguhnya ia tidaklah sama dengan ibadah puasa. Tidaklah seseorang itu masuk di dalamnya (solat) kecuali dengan zikir." Lalu mereka mengira bahawa zikir itu adalah hendaknya orang yang solat itu melafazkan niat padahal apa yang dimaksudkan dengan zikir oleh Imam Shafie adalah Takbiratul Ihram (iaitu sebutan Allahu-Akbar) bukan yang lainnya. Bagaimana mungkin Imam Shafie mensunnahkan atau menganjurkan suatu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, para khalifahnya dan para sahatnya ?

Inilah petunjuk mereka dan inilah jalan hidup mereka (iaitu tiada lafaz niat bagi solat-P). Jika salah seorang dari mereka membentuk satu huruf sahaja kita pasti menerimanya , menerima dengan terus lagi rela. Tidak ada petunjuk yang lebih sempurna melainkan petunjuk mereka dan tidak ada sunnah kecuali apa yang datang dari Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.[10]

Kesimpulan

1. Niat adalah syarat wajib solat. Bentuk niat yang dianjurkan oleh jumhur ulama' mutakhir ialah lintasan hati secara sedar menyatakan solat apakah yang bakal didirikan oleh seseorang itu.

2. Lafaz sebutan niat yang berbagai-bagai bentuk dan syarat, di mulut dan di hati yang wujud masa kini adalah ciptaan manusia semata-mata dan ia tidak membawa sebarang manfaat kecuali keburukan yang banyak.



[1] Ensiklopidi Islam - Niat (4/27)

[2] Ensiklopidi Hukum Islam - 5/1539.

[3] Sebutan at-Ta'yin ini adalah pendapat serta anjuran ulama'-ulama' mutakhir. Ia bukanlah wajib tetapi sekadar satu anjuran. Ada di kalangan pecinta sunnah yang tidak menyetujuinya, sepertimana yang akan terbaca beberapa perenggan akan datang. Penulis menyerahkannya kepada kebijaksanaan para pembaca untuk menilai perkara ini.

[4] Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, 1/634-640.

[5] Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, 2/377.

[6] Maksud hadith dari Abu Dzarr al-Ghaifiri dan Abdullah ibnu Abbas radiallahu-anhuma, diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim, at-Thabrani dan ad-Daruquthni; dinilai sebagai hadith hasan oleh Imam an-Nawawi sebagaimana dinyatakan oleh Imam as-Suyuti dalam al-Asybah wa al-Nazha'ir, ms 166.

[7] Maksud hadith dari Sunan Ibnu Majah - no: 0803.

[8] Koleksi Hadith-hadith Hukum as-Shiddieqie, 3/12.

[9] Imam Ibnu Qayyim dalam kitabnya Ighastatul Lahfan, dikemukakan oleh Imam Ibnu Qudamah dalam kitab beliau - Dzammul Muwaswisin, ms 5-6 dan juga oleh Shaikh Sayid Sabiq dalam Fiqh-us-Sunnah, 1/286.

[10] Imam Ibnu Qayyim - Zaad-ul-Ma'ad, 1/160.

dipetik dari:http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bhg21.htm


6 Sifat Sahabat Rasulullah saw.

Allah SWT meletakkan kejayaan dan kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat hanya pada agama yang sempurna.Agama yang sempurna adalah agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW tetapi manusia pada zaman ini tidak mempunyai kemampuan untuk mengamalkan agama yang sempurna. Sebagaimana yang kita tahu,para sahabat yang hidup dizaman Rasulullah SAWmerupakan hamba Allah yang berjaya didunia dan diakhirat. Mereka telah berjaya dalam mengamalkan agama secara sempurna kerana mereka memiliki sifat-sifat yang terkandung dalam sifat enam sahabat yang meliputi:

1.Yakin dengan kalimah “laa ilaaha illallah muhammadurrasulullah”

2.Solat yang khusyuk,khuduk & tawaduk

3.Ilmu zikir

4.Ikromul muslimin

5.Ikhlas niat

6.Dakwah dan tabligh

Maka , jika kita mengamalkan enam sifat para sahabat tersebut,Insyaallah Allah akan mempermudahkan kehidupan dunia dan akhirat kita. Di bawah,saya akan huraikan dengan terperinci setiap sifat sahabat yang seharusnya kita contohi.

1.Yakin dengan kalimah “laa ilaaha illallah muhammadurrasulullah”

Kalimah ini merupakan kalimah iman.Maksud “laa ilaaha illallah” ialah kita hendak memasukkan kebesaran Allah dalam hati kita dan kita keluarkan kebesaran makhluk dalam hati kita. Dalam erti kata lain, kita hendaklah yakin bahawa hanya Allah yang berkuasa dan bukannya makhluk seperti manusia, haiwan dan sebagainya. Sebagai contoh, jika kita sakit tentunya kita akan makan ubat tetapi bukan ubat yang berkuasa menyembuhkan kita tetapi Allah SWT. Ubat itu hanyalah asbab ( perantara) dari Allah untuk menyembuhkan. Janganlah pula tidak makan ubat kerana tanpa ikhtiar dan keizinan dari Allah maka sesuatu itu tidak akan berhasil. Kita juga hendaklah yakin bahawa sesuatu yang berlaku itu, jika tanpa izin Allah SWT, maka ianya tidak akan terjadi.Sebagai contoh, jika kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu perkara, jika Allah tidak mengizinkan kita berjaya maka tiada kejayaan atas usaha tersebut. Jika Allah mengizinkan sesuatu perkara berlaku, tanpa sebab pun perkara tersebut boleh berlaku sebagaimana yang kita dapat lihat pada tragedi tsunami.

Nilai Iman

Iman sebesar zarah harganya di sisi Allah SWT ialah syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia. Harta sebanyak dunia tetapi mati tanpa iman tidak akan dapat walaupun baunya syurga.

Di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda lebih kurang:

Allah SWT akan memerintahkan pada Hari Pengadilan "Keluarkan dari neraka jahannam, semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah dan yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah di dalam hatinya. Keluarkan semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah atau mengingati Aku dengan berbagai cara atau takut kepada Aku pada bila-bila masa".

Iman itu nilainya adalah syurga. Iman yang paling kecil, iaitu sebesar zarah dihargai oleh Allah SWT dengan syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia. Allah SWT akan berkata kepada mereka yang paling akhir masuk syurga, "Hendakkah kamu syurga yang luasnya seperti dunia yang kamu hidup dahulu? Maka mereka menyangka bahawa Allah SWT mempermain-mainkan mereka dan mereka berkata, "Oh,! Ya, Allah! Kamu adalah Rab (Tuhan) dan kami adalah hambaMu. Oleh itu janganlah kamu mempermain-mainkan kami". Allah SWT akan berkata bahawa Allah SWT bukan sahaja memberi mereka syurga yang luasnya seperti dunia yang mereka hidup dahulu malahan sepuluh 10 kali ganda luasnya.

Kelebihan:

1.Siapa yang akhir Kalamnya (meninggal dunia) dapat menyebut Kalimah Lailahailallah nescaya Allah akan memberi syurga 10 kali ganda besar dunia.

2. Barang siapa yang mati sedangkan dia yakin tidak ada yang berhak disembah selain Allah Swt., maka dijamin masuk surga.

3. Barang siapa yang bersaksi bahwa tidak ada yang berhak disembah selain Allah dan hatinya membenarkan lisannya, maka dipersilakan masuk surga dari pintu mana yang dia suka.

Cara hendak mendapatkannya

1. Dakwah maksud, kelebihan dan cari cerita hadis kisah para sahabat s.a.w. ketika Khalid Alwalid menjadi tawanan Saidina Umar sebelum beliau masuk Islam.

2.Nafikan dalam hati kebesaran dan keagungan makhluk tetapi isbatkan Keagungan Allah.

3. Doa supaya Allah mengurniakan kalimah tersebut kepada kita.

“muhammadurrasulullah” pula bererti kita hendaklah menanam keyakinan bahawa hanya sifat Nabi Muhammad SAW yang akan membawa kejayaan didunia dan diakhirat dan salah satu caranya adalah dengan mengikuti sunah2 nabi. Antara yang boleh kita ikuti adalah cara nabi makan, tidur dan lain- lain . Memang saya akui,pada zaman serba moden ini sunah Nabi Muhammad SAW agak kurang diikuti. Dengan pemikiran jumud masyarakat sekarang, sunah-sunah nabi dianggap pelik dan diketawakan. Sedarlah, jika bukan kita yang mengamalkan sunah-sunah nabi, siapa lagi yang akan mengamalkannya? Tepuk dada tanya iman.

Kelebihan

1.Barangsiapa yang menghidupkan sunnah nabi s.a.w di zaman kerosakkan fasyak dan mungkar ummat, Allah akan beri ganjaran 100 pahala mati syahid.

Cara hendak mendapatkannya

1.Dakwah maksud, kelebihan dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. cerita dua 2 orang sahabat berjalan di suatu lorong

2.Amal semudah-mudah sunnah hingga sesukar-sukar sunnah Rasulullah s.a.w.

3.Doa supaya dicampakkan hakikat kalimah ini.

2.Solat yang khusyuk ,khuduk & tawadu

Bermaksud bagaimana hendak membawa ketaatan mengingati Allah dalam solat hingga ke luar solat. Solat adalah perintah Allah SWT yang paling unggul yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. tanpa perantaraan malaikat Jibril a.s. Solat yang terbaik adalah solat Nabi Muhammad s.a.w dan juga solat sahabat-sahabat baginda yang telah belajar terus dari baginda sa.w.


Untuk mendapatkan solat yang baik, kita perlu membuat tiga 3 perkara:

(i)Apabila kita melihat orang yang tidak bersolat maka kita hendaklah merasa sedih dan kasihan serta berusaha untuk menyediakan dia kepada solat.

(ii) Apabila kita berdiri di dalam solat, kita hendaklah membawa di dalam solat kita lima 5 perkara:

(a) Yakin yang betul (sahih). (Berdiri di dalam solat dengan yakin bahawa semua makhluk termasuk dirinya tidak boleh berbuat apa-apa tanpa izin Allah SWT).

(b) Bersolat dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. (Membetulkan bacaan di dalam solat, dan bacaan al-Quran di dalam solat serta mengetahui perkara masa'il di dalam solat. Jika kita tidak tahu tentang perkara masa'il di dalam solat, hendaklah bertanya dengan alim- ulama'.

(c) Berdiri di dalam solat, seumpama menghadap Allah SWT atau seumpama Allah SWT melihat kita (Ehsan).

(d) Membayangkan faedah serta ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT di atas amalan di dalam solat.

(e) Melakukan solat semata-mata dengan niat untuk mencari keredhaan Allah SWT.

(iii) Apabila selesai mengerjakan solat, maka kita hendaklah bersyukur kerana Allah SWT telah memberi taufik kepada kita untuk bersolat serta beristighfar di atas kecacatan di dalam solat. Solat yang baik akan dapat menjadi asbab untuk turunnya bantuan Allah SWT dan dapat mencegah kita daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.

Nilai Solat

Diriwayatkan di dalam hadith bahawa Allah SWT mengurniakan lima 5 perkara kepada mereka yang menjaga solatnya:

Kelebihan 5 jaminan orang yang menjaga solat

1. Berkat rezeki

2.Diangkat azab kubur.

3.Diberi buku catitan amal di Padang Mahsyar dengan tangan kanan.

4.Melalui titian sirat sepantas kilat; Masuk syurga tanpa hisab.

5. Kelepasan bagi sesiapa yang menjaga solat selama empat puluh 40 hari tanpa ketinggalan takbiratul ula maka dijauhkan dari sifat nifaq (munafik) dan neraka.

Cara hendak mendapatkannya

1.Dakwah kelebihan, maksud, dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. iaitu cerita mengenai Saidina Ali ketika kelaparan.

2. Solat di mana azan diazankan (masjid).

3.Doa supaya selalu dikurniakan hakikat.

3.Ilmu dan zikir

Ilmu

Ilmu bermaksud apakah adanya perasaan haus dan keinginan untuk mencari perkara yang diredhai (disukai) oleh Allah untuk kita melakukannya hari ini dan bagaimana mengikut cara Nabi Muhammad saw. Untuk mengetahui apakah perintah yang paling Allah SWT sukai pada bila-bila masa, kita perlu kepada ilmu fadhail ( hadis-hadis dan kelebihan-kelebihan amalan soleh dan amalan sunnah). Untuk mendapatkan ilmu fadhail, kita perlu duduk di dalam halkah ta'alim fadhail di masjid dan di rumah. Untuk mengetahui apakah cara untuk melakukan sesuatu amalan mengikut cara Nabi Muhammad SAW, kita memerlukan ilmu masa'il (ilmu feqah, ilmu syariat, ilmu muamalat, ilmu hudud dan lain-lain lagi). Untuk mendapatkan ilmu masa'il kita perlu pergi berjumpa dengan alim-ulama.

Nilai Ilmu

Dilaporkan di dalam hadith, lebih kurang maksudnya bahawa, "Allah akan memudahkan jalan ke syurga kepada seseorang yang berjalan di dalam jangka beberapa jarak untuk mencari ilmu pengetahuan. Para malaikat pula akan menghamparkan sayap-sayap mereka di bawah kakinya dan kesemua makhluk-makhluk yang berada di langit dan di bumi (sekalipun ikan-ikan di laut) akan mendoakan agar dia mendapat keampunan. Kelebihan seseorang yang berpengetahuan dari seorang yang hanya beribadat adalah diibaratkan seperti kelebihan bulan dari bintang-bintang.

Zikir

Maksudnya, sentiasa merasai bahawa Allah SWT sentiasa melihat dan memerhati kita dan dalam apa sahaja yang kita lihat, kita teringat akan Allah SWT. Untuk mendapatkan hakikat zikir kita perlu membuat tiga perkara:

(i)Kita hendaklah melakukan zikir sebanyak tiga ratus (300) selepas Solat Subuh dan selepas Solat Asar pada setiap hari.

(a)Seratus (100) kali istighfar dengan membayangkan dosa-dosa yang telah lalu.

(b) Seratus (100) Subhanallah (Maha Suci Allah), Alhamdullillah (Segala puji bagi Allah), Laailahaillallah (tiada yang aku cinta melainkan Allah) dan Allahu Akbar (Allah Maha Besar),

(c) Seratus (100) selawat kepada Rasulullah s.a.w dengan membayangkan bahawa tidak ada manusia yang telah berbuat baik kepada kita lebih dari Nabi Muhammad s.a.w.

(ii) Membaca al-Quran pada setiap hari, sebaik-baiknya satu juz dengan faham maknanya. Jikatidak boleh membaca al-Quran satu juz pada satu hari, maka kita hendaklah membacanya seberapa banyak yang mampu pada setiap hari. Jika pada hari itu kita tidak dapat membaca al-Quran, maka kita hendaklah mengadu kepada Allah SWT dengan berkata "Oh! Ya Allah,! apakah dosaku sehinggakan daku tidak diberi taufik untuk membaca al-Quran?

(iii) Kita hendaklah mengamalkan doa-doa masnun di dalam amalan seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.

Nilai Zikir

Abu Mussa r.h. memberitahukan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya lebih kurang: "Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang yang mati."

Riwayat Bukhari, Muslim dan al-Baihaqi.


Kelebihan Ilmu

1.Allah mudahkan jalan ke syurga

2.malaikat menghamparkan sayap di bawah tapak kaki orang yang menuntut ilmu.

4.Barangsiapa mempelajari satu ayat Al Quran maka nilainya adalah lebih baik daripada solat sunat 100 rakaat. Barangsiapa mempelajari satu bab dari ilmu maka lebih baik nilainya daripada solat sunat 1000 rakaat.

5.Orang yang keluar menuntut ilmu,Allah akan tunjuk kan satu dari jalan jalan ke syurga.

Cara hendak mendapatkannya

Dakwah maksud, doa hakikat kelebihan dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. yang datang dari Damsyiq yang sanggup meredah padang pasir untuk ke Madinah semata-mata sepotong hadis.

Kelebihan Zikir

1.Perumpamaan orang yang berzikir(pada Allah)dengan orang yang tidak berzikir,seperti orang yang hidup dengan orang yang mati

2.Bacaan Al Quran,solat dan sedekah adalah sebahagian dari rezeki,maksudnya ialah Allah akan murahkan rezeki .

3.Orang yang banyak zikir pada Allah ,terbebas dari sifat munafik

4.Ganjaran majlis zikir adalah syurga

5. Masuk ke syurga dalam keadaan tersenyum-senyum.

4. Ikromul Muslimin

Bermaksud memuliakan setiap orang Islam kerana imannya dengan menunaikan hak mereka tanpa menuntut hak daripada mereka].Apabila Allah SWT memuliakan seorang Islam yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah dengan syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia, maka wajarlah (sepatutnyalah) kita memuliakannya. Setiap orang Islam adalah berharga. Orang Islam berharga kerana mereka mempunyai iman. Kita patut memuliakan setiap orang yang beriman walaupun iman mereka hanyalah sebesar zarah. Apabila kita dapat memuliakan setiap mereka yang mempunyai iman walaupun imannya hanya sebesar zarah, maka kita akan dapat sifat tawadhuk. Dengan sifat tawadhuk kita akan dapat akhlak yang mulia. Dengan akhlak yang mulia kita akan dapat bersatu hati dan berkasih sayang. Apabila kita dapat bersatu hati dan berkasih sayang, maka mudahlah untuk kita menunaikan hak-hak orang Islam.

Nilai Ikram Muslimin

Diberitahu di dalam sebuah hadith lebih kurang maksudnya

"Sesiapa yang dapat menyempurnakan keperluan saudara muslimnya maka itu adalah lebih baik baginya dari mengerjakan iktikaf sepuluh 10 tahun. Sesiapa yang melakukan iktikaf untuk sehari kerana mencari keredhaan Allah SWT, maka Allah SWT akan menjauhkan dia dari api Neraka sejauh tiga 3 parit dan satu parit jaraknya adalah di antara langit dan bumi

Riwayat At-Tabrani.

Maksud hadith, dari Abdullah bin Amr r.a. sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Siapakah yang lebih baik keislamannya?". Rasulullah s.a.w. menjawab "Kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada setiap orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal."

Riwayat Muslim dan Bukhari.

Maksud hadith, dari Abu Hurairah r.a. Dia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dianggap beriman sehingga kamu saling cinta-mencintai. Mahukah saya tunjukkan kepada kamu sesuatu amalan yang jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling cinta-mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu."

Riwayat Muslim.

Kelebihan

Diberi tujuh puluh tiga 73 ganjaran = Satu 1 diberi di dunia dan tujuh puluh dua 72 lagi disimpan di Akhirat.

Cara hendak mendapatkannya

1. Dakwah maksud, kelebihan dan cari hadis Kisah 3 orang sahabat ketika hampir syahid

2. Kasihi kanak-kanak, hormati 'Alim-Ulamak dan orang tua

3. Doa supaya dikurniakan hakikat tersebut.

5.Ikhlas niat

Bermaksud melakukan setiap amalan hanya untuk mendapatkan keredhaan (yang disukai) Allah SWT dengan menunaikan perintah atau meninggalkan laranganNya. Walaupun Allah SWT menjanjikan bagi setiap amalan pahala, syurga, keampunan atau bantuanNya, namun kita tidak beramal untuk mendapatkan perkara itu. Kita hendaklah yakin dengan janji-janji Allah SWT serta membayangkannya ketika beramal tetapi niat kita hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kita hendaklah membayangkan janji-janji Allah SWT ketika beramal agar amal itu dapat dilaksanakan dengan penuh keghairahan dan kesungguhan. Amalan yang dibuat dengan penuh keghairahan adalah lebih baik mutunya daripada amal yang dibuat tanpa keghairahan.

Ikhlas adalah nama lain bagi iman. Semakin kuatnya iman, maka semakin kuatlah ikhlas. Untuk mendapatkan ikhlas, kita perlu mendapatkan iman yang kuat. Untuk memperkuatkan iman, kita perlu membuat kerja Nabi s.a.w. dengan cara Nabi s.a.w.

Untuk mempastikan setiap amalan yang kita lakukan itu ikhlas, maka kita hendaklah memeriksa niat kita di permulaan, di pertengahan dan di akhir setiap amalan.

Nilai ikhlas

maksud Hadith, dari Abu Umamah r.h katanya: "Seseorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Bagaimanakah pendapatmu mengenai seorang yang keluar di jalan Allah SWT semata-mata kerana mencari upah dan supaya terkenal, Apakah yang diperolehi oleh orang itu?" Rasulullah s.a.w bersabda: "Dia tidak mendapat apa-apa." Rasulullah s.a.w. mengulanginya hingga tiga kali dan kemudian berkata: "Sesungguhnya Allah SWT AzzawaJalla tidak akan menerima amalan melainkan yang dilakukan dengan ikhlas, semata-mata untuk mencari (kesukaan) keredhaanNya

An-Nasai.

Kelebihan

1. Dikurniakan ganjaran sebesar Bukit Uhud.

Cara hendak mendapatkannya

1.Dakwah kelebihan, maksud dan cari cerita hadis s.a.w. kisah Saidina Ali r.a. ketika berlawan dengan orang Yahudi.

2. Periksa amalan dari awal, pertengahan sehingga ke akhir waktu.

3. Doa supaya dikurniakan hakikatnya.

6.Dakwah dan tabligh

Untuk berjalan di jalan Allah kita perlu berfikir bagaimana hendak menyampaikan dakwah (tabligh) kepada diri keluarga dan umat seluruh alam sehingga bayi yang lahir pada Hari Kiamat dapat selamat dari Neraka dan masuk Syurga Allah].

Di dalam surah At-Taubah ayat 111 Allah SWT berfirman,

maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT telah membeli diri dan harta mereka yang beriman, sebagai ganti bagi mereka itu syurga."

At-Taubah ayat 111.

Allah SWT telah membeli seluruh diri dan harta orang yang beriman sebagai ganti bagi mereka syurga. Allah SWT ingin agar diri dan harta kita digunakan untuk membuat kerja Nabi s.a.w., ibadat, akhlak, membantu mereka yang miskin juga dalam kesusahan dan untuk keperluan diri sendiri. Diri dan harta hendaklah digunakan paling utama untuk memenuhi keperluan agama. Kita hendaklah melihat di seluruh dunia, di mana orang Islam berada di pinggir kekafiran dan kemurtadan. Di mana dunia umat Islam dilanda mala petaka, menunjukkan di situ banyak perintah-perintah Allah SWT yang telah ditinggalkan. Kita hendaklah bersedia melapangkan masa, dan berkorban diri dan harta untuk menziarahi umat Islam di sana dan mengajak mereka kepada usaha memperbetulkan iman dan amal. Apabila iman dan amal umat Islam di sana menjadi baik, maka kemurkaan Allah SWT akan terangkat dan Allah SWT akan menurunkan rahmat dan bantuannya. Untuk maksud memenuhkan keperluan agama di negara kita dan di seluruh dunia, maka kita hendaklah melapangkan masa pada setiap tahun selama empat 4 bulan atau empat puluh 40 hari. Baki waktu di dalam setahun, kita hendaklah melapangkan masa untuk memenuhi keperluan agama di tempat kita dengan melakukan lima 5 amalan

Cara

1.Sampaikan maksud, kelebihan dan bercerita mengenai hadis yang berkaitan,

2.Buat 5 amal masjid

(i) setiap bulan kita melapangkan masa tiga hari untuk mengajak orang Islam kepada usaha membetulkan iman dan amal

(ii) membuat dua 2 usaha ziarah seminggu untuk menjemput orang Islam di kawasan kita kepada majlis yang menerangkan faedah dan keuntungan mengamalkan agama yang dibuat di masjid kita dan di masjid jiran

(iii) membuat dua halkah Taalim Fadhail setiap hari yang dibuat di masjid selepas satu waktu solat dan satu lagi dibuat di rumah

(iv) mengadakan mesyuarat, sekali setiap hari di masjid yang bermaksud memikirkan keperluan agama di kawasan kita, di bandar dan di seluruh dunia

(v) melapangkan masa pada setiap hari selama 8 jam atau paling kurang 2 1/2 jam memakmurkan masjid dan memperbetulkan iman serta mengutamakan usaha meningkatkan iman dengan menziarahi jiran ketua keluarga orang Islam dari rumah ke rumah dan berpesan kepada mereka akan hakikat kalimah iman Laailahaillallah. Baki waktu kita, bolehlah digunakan untuk mengadakan halkah taalim, bersolat, membaca Al-Quran, berzikir atau bermesyuarat.

Kelebihan

sepagi-sepetang di jalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan seisi-isinya.

Nilai Berkorban Di Jalan Allah SWT

(1) maksud Hadith, dari Abu Hurairah r.a., Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah SWT menjamin bagi orang yang berjuang di jalanNya yang mana dia tidak keluar dari rumahnya melainkan berjihad di jalanNya serta membenarkan kalimahNya, bahawa Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga ataupun ia akan dikembalikan oleh Allah ke tempat tinggalnya dengan apa yang diperolehinya berupa ganjaran ataupun harta rampasan."

Bukhari, Muslim

(2) maksud hadith, dari Ibayah bin rifa'al r.h bahawa Abu Abs telah menghampiri aku ketika aku sedang berjalan untuk solat Jumaat lalu berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Barangsiapa yang kedua kakinya terkena debu ketika berada di jalan Allah, maka Allah mengharamkan kedua kakinya bersentuh api neraka."

Al-Bukhari, Tirmidzi, An-Nasai.

Cara hendak mendapatkannya

1. Dakwah maksud, kelebihan, dan cari cerita hadis s.a.w kisah sahabat yang bernama Hawzalah r.a.tidak bersama dengan isterinya di malam pertama, syahid di Medan Uhud.

2.Buat 5 amal masjid

3.Doa supaya dikurniakan hakikat Dakwah dan Tabligh.


pedoman bermazhab dalam islam

http://hafizfirdaus.com/ebook/PedomanMazhab/Chap11.php

14 August 2011

batas muka dalam berwudhu

MEMBASUH MUKA DALAM BERWUDHU
Oleh : Masnun Tholab
www.masnuntholab.blogspot.com

Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.
Shalawat dan salam semoga senantiasa Allah limpahkan kepada Nabi Muhammad Shallallaahu ’alaihi wasallam beserta keluarga dan para sahabatnya.

Para ulama sepakat bahwa membasuh muka merupakan fardhu wudhu. Namun mereka berbeda pendapat tentang hukum menyela-nyela jenggot ketika membasuh muka. Ada yang berpendapat sunnah, ada pula yang berpendapat wajib.

Membasuh Muka
Sayyid Sabiq dalam kitab Fiqih Sunnah berkata :
Fardhu wudhu yang kedua adalah membasuh muka. Maksudnya adalah mengalirkan air ke bagian muka karena arti membasuh itu ialah mengalirkan. Batas panjang muka ialah dari puncak kening hingga dagu, sedangkan lebarnya adalah dari pinggir telinga ke pinggir telinga yang sebelahnya lagi.
[Fiqih Sunnah 1, hal 50].

Imam Nawawi dakam kitab Raudhatuth Thalibin berkata :
الفرض الثاني غسل الوجه ويجب استيعابه بالغسل وحده من مبدأ تسطيح الجبهة إلى منتهى الذقن طولا ومن الأذن إلى الأذن عرضا وتدخل الغايتان في حد الطول ولا تدخلان في العرض فليست النزعتان من الوجه وهما البياضان المكتنفان للناصية أعلى الجبينين ولا موضع الصلع وهو ما انحسر عنه الشعر فوق ابتداء التسطيح
وأما الصدغان وهما في جانبي الأذن يتصلان بالعذارين من فوق فالأصح أنهما ليسا من الوجه
Syarat wajib wudhu yang kedua adalah membasuh wajah. Dalam hal ini wajah yang wajib dibasuh secara merata dan menyeluruh, yang batasannya memanjang dari permulaan atas kening hingga bagian bawah dagu, dan batasan lebarnya dari telinga ke yelinga yang lain. Kedua ujung dahi termasuk batasan panjangnya dan tidak termasuk batasan lebarnya. Kedua belahan yang tidak ditumbuhi rambut di bagian depan kepala tidak termasuk wajah, yaitu yang licin halus di bagian depan kepala dan di atas dahi. Demikian juga dengan tempat botak di kepala. Yaitu membelah rambut kepala di atas dahi. Adapun kedua pelipis, yaitu di sebelah telinga dan menyatu dengan kedua jambang dari atas, maka menurut pendapat yang ashah tidak termasuk wajah.

ولو نزل الشعر فعم الجبهة أو بعضها وجب غسل ما دخل في الحد المذكور وفي وجه ضعيف أنه لا يجب إلا إذا عمها وموضع التحذيف من الرأس لا من الوجه على الأصح
Apabila rambut tebal dan turun ke bagian dahi atau sebagiannya, maka wajib membasuh dalam batasan wajah yang telah disebutkan. Menurut pendapat yang lemah bahwa itu tidak wajib kecuali apabila menyebar di seluruh wajah. Tempat tumbuhnya rambut halus antara jambang dan pelipis tidak di kepala tidak termasuk wajah menurut pendapat yang ashah.
[Raudhatuth Thalibin 1/37 (1/197)].


Imam Syafi’i dalam kitab Al-Umm berkata :
قال الله تبارك وتعالى فاغسلوا وجوهكم
فكان معقولا أن الوجه ما دون منابت شعر الرأس إلى الأذنين واللحيين والذقن وليس ما جاوز منابت شعر الرأس الأغم من النزعتين من الرأس وكذلك أصلع مقدم الرأس ليست صلعته من الوجه
Allah subhanahu wata’ala berfirman , “Maka basuhlah mukamu…….” (QS. Al-Maidah : 6)
Adalah satu hal yang logis bahwa muka itu tidak menjadi tempat tumbuhnya rambut kepala sampai kepada dua telinga, tulang rahang dan dagu. Bukanlah dinamakan muka apabila melewati tempat tumbuh rambut kepala dan dua tepi dahi itu termasuk bagian dari kepala. Demikian halnya bagian yang botak dari kepala, botak itu bukanlah bagian dari wajah.
وأحب إلي لو غسل النزعتينمع الوجه وإن ترك ذلك لم يكن عليه في تركه شيء فإذا خرجت لحية الرجل فلم تكثر حتى توارى من وجهه شيئا فعليه غسل الوجه كما كان قبل أن تنبت فإذا كثرت حتى تستر موضعها من الوجه فالاحتياط غسلها كلها
ولا أعلمه يجب غسلها كلها وإنما قلت لا أعلم يجب غسلها كلها بقول الأكثر والأعم ممن لقيت وحكى لي عنه من أهل العلم
Saya lebih suka kalau dua tepi dahi itu dibasuh bersama muka. Namun apabila hal itu ditinggalkan, maka tidak ada hukum untuknya (tidak megapa). Apabila janggut yang tumbuh pada diri seseorang tidak lebat dan menutup sedikit mukanya, maka ia harus membasuh mukanya seperti ketika janggut itu belum tumbuh. Namun apabila janggut itu tebal dan megambil tempat pada wajahnya, maka tindakan yang lebih berhati-hati ialah dengan membasuh semuanya.
Saya tidak mengetahui tentang kewajiban membasuhnya, karena hal itu hanya pendapat kebanyakan ulama dan umumnya dari orang-orang yang saya jumpai.

وإذا لم يجب غسله لم يجب تخليله ويمر الماء على ظهر شعر اللحية كما يمره على وجهه وما مسح من ظاهر شعر الرأس لا يجزيه غير ذلك
Saya tidak memandang wajib membasuh bagian bawah tempat tumbuh janggut. Apabila tidak wajib membasuhnya, maka menyela-nyelanya dengan jari jemari pun tidak termasuk hal yang diwajibkan. Hendaknya melewatkan air pada permukaan bulu janggutnya, seperti halnya melewatkan air pada wajahnya, dan menyapukan air pada permukaan rambut kepada adalah benar.
[Al-Umm 1/27; Ringkasan Kitab Al-Umm 1/35)].

Menyela-nyela Jenggot
Dari Utsman,
أن النبيَّ صلى اللَّه عليه وآله وسلم كان يُخَلِّلُ لِحْيَتَهُ‏‏
”Nabi Shallallahu ’alaihi wasallam biasa menyela-nyela jenggotnya” (HR. Ibnu Majah dan At-Tirmidzi, dan At-Tirmidzi mengesahkannya)

Dari Anas bin Malik radhiyallaHu ‘anHu, ia berkata,
أن النبيَّ صلى اللَّه عليه وآله وسلم كان إذا توضأ َأخذ كَفًًّا من ماء فأدخله تحت حَنَكِهِ فَخَلَّلَ بِهِ لِحْيَتَهُ‏‏ وقال‏:‏ هكذا أمرني ربي عز وجل
“Jika Rasulullah berwudhu, beliau ambil segenggam air lalu memasukkannya ke bawah dagunya, dengan air itu belia menyela – nyelai jenggotnya. Beliau lantas bersabda, ‘Begitulah Rabbku memerintahkanku’” (HR. Abu Dawud no. 145 dan lainnya, dishahihkan oleh Syaikh Albani dalam Irwaa’ al Ghaliil no. 92)

Imam Asy-Syaukani berkata :
والحديثان يدلان على مشروعية تخليل اللحية وقد اختلف الناس في ذلك فذهب إلى وجوب ذلك في الوضوء والغسل العترة والحسن بن صالح وأبو ثور والظاهرية كذا في البحر واستدلوا بما وقع في أحاديث الباب بلفظ‏:‏ ‏(‏هكذا أمرني ربي‏)‏ وذهب مالك والشافعي والثوري والأوزاعي إلى أن تخليل اللحية ليس بواجب في الوضوء
Kedua hadits dalam bab ini menunjukkan diperintahkannya menyela-nyela jenggot. Tetapi perlu diketahui bahwa masalah ini banyak dipertentangkan oleh para ahli. Menurut Al-’Athrah, Hasan bin Al-Shalih, Abu Tsaur dan Ahli Zhahir menyela-nyela jenggot adalah wajib. Hal itu diungkapkan dalam kitab Al-Bahr. Pendapat itu didasarkan atas hadits dalam bab ini yang mencantumkan kalimat, ”Demikianlah Allah memerintahkanku”. Menurut Malik, Syafi’i, Al-Tsauri dan Al-Auza’i menyela-nyela jenggot hukumnya tidak wajib dalam wudhu.
[Nailul Authar 1/121 (1/ 330)].

Kesimpulam
1. Mayoritas ulama berpendapat bahwa membasuh muka ketika berwudhu hukumnya wajib.
2. Mayoritas ulama berpendapat bahwa menyela-nyela jenggot ketika membasuh muka hukumnya sunnah.

Wallahu a’lam.

Sumber rujukan :
-Sayyid Sabiq, Fiqih Sunnah, Pena Pundi Aksara, Jakarta, 2006
-Imam Syafi’i, Ringkasan Kitab Al-Umm, Pustaka Azzam, Jakarta, 2005
-Imam Asy-Syaukani, Nailul Author, Pustaka Azzam, Jakarta, 2006.
-Imam Nawawi Raudhatuth Thalibin, Pustaka Azzam, Jakarta, 2007.

kelebihan surah al-waqiah

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda,
“Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]


Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang hartawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran.

Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

cara-cara dimurahkan rezeki

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firmanNya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”
(Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.”
(Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.”
(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…”
(Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.”
(Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.”
(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.”
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT). Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmatKu kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.”
(Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”
(Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .”
(At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.”
(At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

KEPALSUAN HADIS-BERCAKAP HAL DUNIAWI DALAM MASJID

Hadith tersebut berbunyi:

Sesiapa yang berkata-kata tentang perkara dunia di masjid, Allah hapuskan pahala amalannya selama 40 tahun.


terdapat juga satu lagi hadith palsu yang hampir sama maksudnya berbunyi:

Berbual di masjid memakan pahala seperti binatang liar memakan rumput.

Adakah benar ada hadith sebegini dalam buku-buku hadith utama? Adakah ia hadith yang benar-benar sahih daripada Rasulullah s.a.w.? Sebahagian pembaca mungkin akan menjawab...saya tak tahu tapi rasanya saya pernah baca/dengar. Ini jawapan biasa kita temui. Hakikatnya kita 'tidak tahu'. Elok kita bertanya kepada yang tahu atau mencari dalam khazanah ilmu agar kita akan berpindah dari status 'tidak tahu' kepada 'tahu'.

Penjelasan:
Apabila kita melihat pandangan ulama hadith zaman berzaman, kita dapati beberapa fakta berkaitan dua hadith di atas dan juga berkaitan maksud yang dibawa oleh keduanya:

Pertama:
Kedua hadith ini atau yang sama maksud dengannya tidak ada ditemui di dalam buku-buku hadith utama seperti : Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Kitab-kitab Sunan (Abu Daud, al-Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Nasaai), buku-buku Musnad (Ahmad, Abu Ya'la dll), atau Muwatto Imam Malik, dan buku-buku hadith masyhur yang lain. Maka bagaimana ia dianggap sebagai benar?

Kedua:
Tidak pernah ditemui mana-mana ulama hadith terkemuka yang mengisytiharkan bahawa hadith ini benar, sahih dari Rasulullah s.a.w./

Ketiga:
Terdapat ulama hadith terkemuka dalam bidang hadith (walaupun mungkin tidak popular dalam masyarakat umum) yang menyatakan bahawa hadith ini dan hadith sebegini tidak sahih malah palsu. Palsu dengan makna ia bukan hadith dan bukan berasal daripada Rasulullah s.a.w. Di antara mereka ialah:

Hadith 'dihapuskan amalan selama 40 tahun': Ahli hadith yang menilainya sebagai 'palsu' antaranya ialah:

1-al-Soghoni dalam bukunya yang mengumpulkan hadith-hadith palsu - al-Maudhu'aat.

2-Mulla Ali al-Qari dalam bukunya yang mengumpulkan hadith-hadith palsu - al-Asrar al-Marfu'ah dan al-Mashnu'.

*Rujuk buku Kasyf al-Khafaa' karya al-Ajluni - hadith no.2440.


Hadith 'memakan amalannya seperti binatang liar memakan rumput'. Ahli hadith yang menilainya sebagai palsu antaranya ialah:

1- al-Iraqi dalam takhrij al-Mughni 'an Hamli al-Asfaar.

2- al-Zabidi, al-Fairuz Abaadi, Ibn Hajar al-Asqalani, seperti yang ada dalam buku al-Masnu' oleh Ali al-Qari (no.109).

3- al-Subki dalam Tobaqaat al-Syafi'iyyah al-Kubra.

*Rujuk buku '20 Persoalan Asas Tentang Hadith - Adlan Abd.Aziz'.

Seperkara lagi, ia adalah sebuah kata-kata yang tidak dapat diterima maksudnya kerana umum mengetahui bahawa di zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman kegemilangan Islam, masjid merupakan pusat pentadbiran dalam menguruskan hal ehwal pemerintahan. Sememangnya umat Islam dituntut untuk berbincang hal keduniaan di masjid kerana dunia yang digunakan dengan baik akan mendatangkan kebaikan di akhirat. Itulah contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Mereka berbincang soal memajukan dunia selaras dengan syariat di masjid dan juga di tempat-tempat lain. Oleh itu kita dapat Mulla Ali al-Qari menyatakan bahawa hadith sebegini batil iaitu palsu dari setiap segi.

Adalah diharapkan sesiapa sahaja yang menemui hadith ini dibaca, ditulis atau disebarkan agar menasihati mereka yang bertanggungjawab agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Adlan Abd. Aziz

13 August 2011

ISU MEMBUAT KERJA SAMBIL MENDENGAR BACAAN AL-QURAN

"Apabila al-Quran dibaca, hendaklah kamu dengar dengan khusyuk"... begitulah kalau tak silap saya "maksud" sepotong ayat al-Quran yang pernah saya terbaca.
Saya juga pernah mendengar orang mengatakan "lebih baik tutup TV ketika al-Quran dibacakan jika kamu tidak mahu mendengarnya dengan khyusuk (bukan kerana engkar), daripada kamu duduk bersembang (walhal al-Quran sedang dibacakan)."

Pertanyaan saya:

(i) apakah pendapat dan pendirian al-ahkam tentang orang yang duduk bersembang-sembang ketika al-Quran dibacakan, terutamanya dari corong pembesar suara masjid/surau?

(ii) bolehkah hukum "mendengar dengan khyusuk" itu menjadi sekadar "fardu kifayah"?

Mohon penjelasan dan diucapkan terima kasih atas usaha anda.
Kalau sudah ada jawapannya di tempat lain di sini, mohon berikan URLnya. Itu sudah memadai. T.kasih

------------
Salam

Mengumandangkan bacaan al-Quran pada speaker masjid merupakan satu perbuatan yg bukan berasal dari Rasulullah saw maupun salafussoleh. Ttp bolehkah ia dianggap satu bid’ah. Saya katakan penggunaan sepaker masjid sama sahaja dgn penggunaan kaset yg dipasang pada cassette player dan seumpamanya. Apa yg membezakan ialah al-quran yg dibacakan melalui pembesar suara itu akan kedengaran keseluruh pelusuk kampung tidak mengira sama ada org yg terdengar itu mmg ingin mendengar atau tidak. Mari kita lihat perkara ini dgn lebih teliti.

Seperti yg kita ketahui, hendaklah kita diam mendengar apabila al-quran dibacakan. Ini berdasarkan kpd keumuman ayat al-Quran berikut yg bermaksud:

Dan apabila dibacakan al-Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (QS. 7:204)

Apakah berdasarkan ayat di atas kita engatakan hukumnya wajib utk kita diam atau mungkin sekadar sunat sahaja. Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata bahawa ayat di atas menyuruh kita mendengar al-Quran, baik suruhan wajib maupun suruhan sunat.

Jika kita melihat asbabul nuzul ayat tersebut kita akan dapati terdapat 6 atsar mengenainya yg bolehlah dibahagikan kpd 2 iaitu berkaitan solat dan juga berkaitan suruhan diam ketika mendengar org membaca di luar solat.

Sheikh Ahmad Kutty(Islam Online) mengatakan bahawa kebanyakan mufassirin mengatakan ayat di atas berkaitan suruhan di dalam solat. Walaupun ayat tersebut diturunkan berkaitan solat, tidaklah ia bermaksud ayat tersebut tidak boleh dijadikan dalil utk perkara di luar solat. Namun sekiranya seseorang itu mempunyai hal lain dan perkara lain yg lebih penting, maka tidaklah menjadi kesalahan utknya tidak mendiamkan diri. Menurut Imam Ibn Mudhir, perkara ini telah diijma’kan.

Sheikh Mutwalli Asy Sya’rawi mengatakan jika kita ingin melakukan sesuatu dan pada masa yg sama kita ingin mendengar bacaan al-Quran, sebaiknya diasingkan perkara tersebut. Sebagai contoh; sekiranya kita hendak belajar dan mendengar al-Quran dari kaset, asingkanlah perbuatan tersebut kerana keduanya ibadat. Melalui pengasingan ini, maka kita akan mendapat manfaat yg lebih besar dan banyak.

Adapun mengenai hukum ‘fardhu kifayah’, pada pendapat saya, tidaklah boleh ia dihukumkan sebgai fardhu kifayah. Krn tidak terdapat sebarang dalil yg membawa kpd hukum tersebut. Krn setiap hukum itu perlu kpd dalil dan bukannya ikut suka kita.

Tambahan
Amalan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara ini juga diamalkan di kawasan kediaman saya khususnya di waktu sebelum Subuh. Pada saya ia merupakan satu amalan yg baik. Tapi kita juga perlu ingat Islam itu menitikberatkan masyarakat juga bukannya individu tertentu. Mungkin ada juga yg tidak suka amalan tersebut krn mengganggu mereka tidur terutama orang bukan Islam. Ini membuatkan mereka mencaci kalamullah yg mana kita sendiri tidak suka mereka berbuat demikian. Jadi saya melihat perkara ini lebih membawa kepada kemudharatan yg lebih besar berbanding maslahah yg mmg dijadikan niat sebenar. WA.

Wassalam

Rujukan

Hadis2 Hukum Mengenai Bersuci & Solat
Abu Soleh Nasaruddin

Koleksi Hadis2 Hukum 3
TM Hasbi

Islamic Rulings Regarding The Qur’an
Fatawa al-Lajnah al-Daimah

Al-Jami’li al-Fatawa
Sheikh Mutawalli as-Sya’rawi

http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=84747

HADIS DHAIF PEMAKAIAN SERBAN

Syeikh Athiyah Saqr menyatakan bahawa serban hanyalah adat orang-orang Arab untuk memelihara diri mereka dari cuaca panas. Manakala Rasulullah s.a.w. memakai serban sebagaimana adat dan kebiasaan kaumnya.
Memang banyak hikayat dan riwayat mengenai serban, namun kebanyakannya tidak layak dijadikan hujah untuk mensabitkan hukum.

Antaranya ialah hadis riwayat al-Tarmizi: “Sesungguhnya perbezaan antara kami dan antara orang musyrikin ialah memakai serban di atas kopiah.”


Antaranya hadis riwayat Ibnu Thiyalasi, Ibnu Abi Syaibah dan Ahmad bin Mani’ daripada Ali, bahawa Nabi s.a.w. memakaikannya serban pada hari Ghadir Khum.

Baginda bersabda: “Sesungguhnya serban adalah sebagai batasan antara kufur dan iman.” Di dalam satu riwayat lain “sebagai batasan antara muslimin dan musyrikin”


Antaranya ialah hadis riwayat al-Thabrani daripada Abu al-Darda’: “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya telah bersalawat ke atas orang-orang yang berserban pada hari jumaat.”


Syeikh Athiyah Saqr menyebutkan bahawa hadis berkenaan semuanya bertaraf dhaif.


Ibnu al-Haj menyatakan bahawa memakai serban adalah daripada perbuatan mubah (bukan sunnah). Kerana Nabi s.a.w. memakai serban tidak menzahirkan padanya maksud qurbah (pengabdian kpd Allah/ibadah). Malah apa yang dizahirkan ialah menunjukkan maksud adat dan tabiat seperti makan, minum dan berpakaian.

Dalam kitab Zadul Maad menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. ada ketikanya memakai serban di atas kupiahnya dan adakala memakai kupiah tanpa serban atau memakai serban tanpa kupiah.


Syeikh Muhamad Abu Zahrah menyatakan bahawa ada sunnah terbahagi kpd 3, iaitu:-

1. Sunnah mu’akkadah, iaitu sunnah yang dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w. secara berterusan, dan baginda menyatakan bahawa ia bukanlah perkara fardhu. Contohnya seperti sembahyang witir, membaca surah dalam sembahyang selepas fatihah dsbnya. Sesiapa yang meninggalkan sunnah ini akan dicela oleh syarak, namun tidak sampai pada tahap menerima siksaan.

2. Sunnah ghairu mu’akkadah, iaitu perkara sunnah yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. secara berterusan, Contoh, sembahyang 4 rakaat sebelum zohor, 4 rakaat sebelum asar dsbnya.

3. Sunah selain dari keduanya. Iaitu perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. kerana mengikut adat kebiasaan yang tidak ada hubungannya dengan tugas tabligh dari Allah, atau yang tidak ada hubungannya dengan penjelasan hukum-hakam syarak. Contoh seperti cara berpakaian, makan dan minumnya Rasulullah s.a.w., menyimpan janggut (sbhgn ulama’ mengatakan sunah atau wajib), mendadan misai di mana semua itu adalah adat dan kebiasaan yang baik. Sesiapa yang meneladaninya atau mengikutnya bermakna dia memuliakan Rasulullah s.a.w. Dan, sesiapa yang tidak mengamalkannya, maka dia tidak menerima ancaman dosa atau cercaan dari syarak. Barangsiapa yang menganggap bahawa adat kebiasaan Rasulullah s.a.w. adalah sebahagian dari agama, atau ia telah diperintakahkan secara pasti, bermakna ia telah melakukan bid’ah yang tidak ada dasarnya dari agama.


(Ruj: Syeikh Muhamad Abu Zahrah, Usul al-Feqh)


Masalah org tidak berkopiah adalah fasiq?

Ia adalah berkaitan dgn masalah muru’ah. Ia dapat dilihat berdasarkan kepada uruf ( keadaan ) dan adat setempat.

Pada zaman hang tuah, barangkali tidak perbuatan berkaki ayam ketika berjalan di kota adalah satu perbuatan biasa yang tidak dikeji. Namun sekarang ini, apabila seseorang itu berjalan di kampung atau di kota dengan berkaki ayam, sudah tentu ia adalah dikeji oleh masyarakat setempat. Ia dapat menjatuhkan muru’ah seseorang. Sedangkan memakai kasut atau berkaki ayam hanyalah perkara mubah dari adat kebiasaan manusia.


Begitu juga dengan berkopiah dan berserban.


Kesimpulan:-

1. Rasulullah s.a.w. memakai serban atau kopiah bukan atas tujuan memberi hukum, tetapi kerana berdasarkan adat kebiasaan kaumnya.

2. Hadis-hadis yang menceritakan tentang serban kebanyakannya dhaif yang tidak layak dijadikan sebagai hujah hukum.

3. Sesiapa yang memakai serban adalah telah memuliakan Rasulullah s.a.w., tetapi yang tidak memakainya tidak tercela.

4. Memakai serban atau kopiah adalah adat yang baik terutamanya kepada para ulamak' kerana serban merupakan pakaian tradisi para alim ulama'.


Sekian, wassalam

HUKUM LELAKI BERAMBUT PANJANG DAN MEMBOTAKKAN KEPALA

Fatwa Syeikh Muhammad Nashiruddin Al Albani Rahimahullah
Alih bahasa: Muhammad Elvi Syam, Lc

Seorang dari kalangan penuntut ilmu bertanya :
Kebanyakan dari para pelajar sekolah bertanya-tanya, tentang hukum meninggalkan (memanjangkan) rambut kepala dan hukum membotakkannya. Permasalahan ini menjadi kabur bagi mereka ; antara apa yang diperintahkan dan ditekankan oleh (peraturan) sekolah kepada mereka, berupa kewajipan membotak rambut kepala atau mencukur terlalu pendek , dan antara apa yang mereka lihat pada sebahagian guru-guru yang konsisten dalam beragama, - kita tidak mensucikan diri seseorang melebihi tazkiah Allah membiarkan rambut kepala mereka (hingga panjang), tanpa dipotong. Guru-guru tersebut selalu membersihkan dan menyisirnya. Mereka sudah terbiasa membiarkannya (panjang).

Maka saya mengatakan (penulis makalah), - dengan memohon pertolongan kepada Allah - : Sesungguhnya memanjangkan rambut adalah sunnah. Sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ahmad rahimahullah taala - : memanjangkan rambut itu adalah sunnah, seandainya kita mampu pasti kita sudah memanjangkannya. Akan tetapi hal ini memerlukan beban usaha dan perhatian. Ibnu al-Qayyim dalam kitabnya (Zadul Maad) berkata: Rasulullah tidak diketahui membotakkan kepalanya , kecuali di dalam ibadah (haji dan umrah).

Sesungguhnya sudah datang hadits-hadits shohih yang menerangkan akan sifat (model) rambut Rasulullah Alaihi as-sholatu was-sallam - . Di dalam kitab (Al-Mughni), dikatakan; Dan rambut manusia itu disukai seperti model rambut Nabi Sholallahu alaihi wa sallam - , apabila panjang sampai ke bahu, dan apabila pendek sampai ke cuping telinganya. Kalau dipanjangkan tidak apa-apa. Imam Ahmad telah menyatakan seperti itu.

Saya mengatakan (penulis makalah) : sesungguhnya memanjangkan rambut itu mesti mempunyai beberapa hal yang mesti diperhatikan, di antaranya :

1.Ikhlas kerana Allah Taala, dan mengikuti petunjuk Rasul, supaya mendapatkan balasan dan pahala.

2.Dalam memanjangkan rambut tersebut, hendaklah tidak menyerupai wanita, sehingga dia melakukan apa yang dilakukan wanita terhadap rambutnya, dari jenis dandanan yang khusus bagi wanita.

3.Dia tidak bermaksud untuk menyerupai ahli kitab ( kristian dan yahudi), atau penyembah berhala, atau orang-orang yang bermaksiat daripada kalangan muslimin seperti seniman-seniman dan ertis (panyanyi dan pelakon filem), atau orang-orang yang mengikuti langkah mereka, seperti bintang olahraga, dalam model potongan rambut mereka serta dandanannya.

4.Membersihkan rambut,dan menyisirnya sekali dua hari. Dianjurkan memakai minyak dan wangi-wangian serta membelahnya dari pertengahan kepala. Apabila rambutnya panjang dia menjadikannya bertocang.

Adapun botak, Syeikh Ibnu Taimiyah telah membahas secara terperinci. Dia membagi perbahasannya menjadi empat bahagian. Ringkasan perbahasannya (secara bebas ) :

Apabila botak itu kerana melaksanakan haji, umrah, atau untuk keperluan seperti berubat, maka hal ini sudah konsisten dan disyariatkan, berdasarkan Al-Kitab (Al-Quran) dan Sunnah, bahkan tidak ada keraguan dalam pembolehannya.

Adapun selain itu, maka hal tersebut tidak akan keluar dari salah satu, daripada dua permasalahan :

Pertama: Dia membotakkannya berdasarkan (beranggapan botak itu) adalah ibadah, (cermin) keagamaan, atau kezuhudan, bukan kerana haji atau umrah. Seperti orang menjadikannya botak itu sebagai simbol dari ahli ibadah (orang yang banyak ibadahnya) dan ahli agama. Atau dia menjadikannya sebagai simbol kesempurnaan zuhud dan ibadah. Maka dalam hal ini, Syeikh Islam telah berkata: Membotak kepala adalah bid’ah yang tidak pernah diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Dan bukan pula hal yang wajib atau disukai oleh seorang pun dari pemimpin-pemimpin agama. Tidak pernah diperbuat oleh salah seorang dari shohabat-shohabat dan pengikut mereka dengan baik. Juga tidak pernah dilakukan oleh syeikh-syeikh kaum muslimin yang terkenal dengan kezuhudan dan ibadah; baik (mereka) itu dari kalangan shohabat, tabiin, dan tabi tabiin serta orang-orang sesudah mereka.

Kedua: Dia membotakkan kepala bukan pada saat ibadah haji atau umrah, dan bukan kerana keperluan ( berubat ), serta bukan juga atas dasar mendekatkan ( diri kepada Allah ) dan ritual, dalam masalah ini ulama mempunyai dua pendapat :

Pendapat yang pertama: Karahiyah (dibenci).
Pendapat ini adalah mazhab Malik, dan lainnya. Juga salah satu riwayat dari Ahmad. Beliau berkata : Mereka ( ulama ) membenci hal itu ( botak tanpa sebab ). Hujjah orang yang berpendapat dengan pendapat ini adalah bahawa membotakkan kepala adalah syiar (simbol ) Ahli bid’ah ( khawarij ). Kerana khawarij membotakkan kepala mereka. Sungguh Nabi shollallahu alaihi wa sallam telah bersabda tentang mereka : Ciri-ciri mereka adalah botak . Sebagaimana sebahagian orang khawarij menganggap botak kepala itu merupakan bahagian dari kesempurnaan taubat dan ibadah. Di dalam kitab shohih al-Bukhori dan Muslim disebutkan : sesungguhnya tatkala Nabi - shollallahu alaihi wa sallam membahagi (harta rampasan perang ) pada tahun fath ( pembebasan Mekah ), dia didatangi seorang lelaki yang janggutnya lebat lagi ( kepalanya ) botak. Di dalam musnad Imam Ahmad diriwayatkan dari Nabi Shollallahu alaihi wa sallam Bukan dari golongan kami orang yang membotak kepala . Ibnu Abbas berkata : Orang membotakkan kepalanya di seluruh negeri adalah syaitan .

Pendapat yang kedua: Mubah ( dibolehkan membotakkan kepala ). Pendapat ini terkenal di kalangan pengikut Abu Hanifah dan Syafii. Juga merupakan riwayat dari Ahmad.

Dalil mereka adalah, apa yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasai, dengan sanad yang shohih sebagaimana yang dikatakan oleh pengarang kitab Al- Muntaqo dari Ibnu Umar, sesungguhnya Nabi shollallahu alaihi wa sallam melihat seorang anak ( bayi ) sebahagian kepalanya sudah dibotakkan dan sebahagian yang lain ditanggalkan ( tidak dibotak ), maka dia melarang dari perbuatan tersebut, lantas bersabda Cukurlah keseluruhannya ( botak merata ) atau biarkan keseluruhannya ( tidak dicukur sama sekali ). Dan ( juga ) dihadapkan kepada beliau shollallahu alaihi wa sallam anak-anak yang kecil setelah tiga ( hari dari kelahirannya pent ) lalu membotakkan kepala mereka.

Dan kerana dia shollallahu alaihi wa sallam melarang dari Qaza. Qaza itu adalah membotakkan sebahagian ( kepala ). Maka hal ini menunjukkan bolehnya membotak secara keseluruhan. Al-Syaukani rahimahullah berkata di dalam kitab Nail al-Authoor di waktu dia berbicara tentang hadits yang dicantumkan oleh pengarang Al-Muntaqo tadi : Di dalam hadits tadi terdapat dalil bolehnya membotakkan kepala secara keseluruhannya. Al-Ghazali berkata, Tidak apa-apa ( membotakkan kepala ) bagi siapa menginginkan kebersihan. Dan di dalam hadits itu ( juga ) terdapat bantahan kepada orang yang membencinya ( botak ).

Di dalam kitab Al-mughni disebutkan : Hanbal berkata : Aku dan bapakku membotakkan kepala kami, semasa hidup Abu Abdillah ( Imam Ahmad ), lantas dia melihat kami dan tidak melarang kami. Ibnu Abdul Barri berkata : sungguh ulama telah sepakat (ijma) atas bolehnya botak dan ini cukup dijadikan sebagai hujjah.

Saya mengatakan ( penulis makalah ) wabillahi at-taufiq - : pendapat yang kedua ini yang kuat bagiku, kerana keshohihan dan terang ( jelas ) riwayat-riwayatnya, wallahu alam.

Adapun peraturan sekolah untuk melarang semua pelajar memanjangkan rambut kepala, maka peraturan ini hanya merupakan tindakkan menutup celah ( perantara kejelekan ) dan menolak kerosakkan. Hal itu disebabkan apa yang dilihat sekolah dari sekolompok pelajar -yang tidak sedikit- mereka memanjangkan rambut bukan kerana sunnah, tetapi kerana meniru dan mencotoh orang - orang popular dari kalangan seniman yang tidak tahu malu, serta bintang olahraga, baik dari kaum muslimin atau lainnya, dengan membentuk rambut kepala seperti model rambut orang-orang tersebut, sebagai ungkapan cinta dan kagum terhadap corak kehidupan mereka.

Bahaya-bahaya pelajar yang mencontoh ini, tidak hanya sebatas diri mereka sendiri, malahan akan menjalar ke teman-teman mereka di sekolah. Kerana mereka terpengaruh oleh tingkah laku yang bongkak ini, sehingga menyebabkan hanyutnya jiwa-jiwa yang lemah dari para pelajar, terutama dari pantaran mereka. Apalagi pada umur ini, mereka dikalahkan dalam pergaulan, serta keinginan yang banyak. Juga kerana terlalu cepat terpengaruh, serta tergesa-gesa mengambil keputusan. Maka anda akan menemui seorang pelajar pada umur ini (masa ini ) lebih banyak terpengaruh oleh temannya di sekolah berbanding dari guru-gurunya atau orang tuanya sekalipun. Wallahu alam.


Jawapan (komentar Syeikh Al-Albani terhadap makalah diatas).

Segala puji bagi Allah dan sholawat dan salam atas Rasulullah, keluarganya, dan sahabat-sahabatnya, serta orang yang mengikuti petunjuknya.

Amma badu : Sesungguhnya saya menyokong dengan sokongan yang kuat, akan nas (penyataan) yang disebutkan di penghujung fatwa ini (makalah di atas). Kerana pernyataan tersebut bersandarkan kepada kaedah syariyah yang penting, yaitu : menolak kerosakkan (kerugian ) sebelum ( lebih didahulukan dari pada ) mengambil kemashlahatan ( keuntungan ). Apalagi jika di sana tidak ada suatu mashlahat pun, kecuali mencontoh orang-orang kafir atau orang-orang fasiq . Sungguh Nabi shollallahu alaihi wa sallam telah bersabda dalam hadits yang shohih :

Ertinya : barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia itu dari golongan mereka
Dan terdapat hadits-hadits yang banyak yang semakna dengan hadits ini, di bermacam-macam bab ( sub perbahasan ) di dalam syariat Islam. Saya telah sebutkan di antaranya kira-kira 40 hadits di dalam kitab saya Hijabul- Mar-ah Muslimah ( Hijab Wanita Muslimah ) yang kemudiannya saya cetak dengan judul Jilbaabul Mar-ah Muslimah (Jilbab Wanita Muslimah). Oleh kerana itu saya selalu berfatwa bahawasanya tidak boleh bagi pemuda-pemuda dan para pelajar untuk membiarkan (memanjangkan) rambut kepala mereka. Tetapi mereka mesti membotak atau memendekkannya. Sebagaimana yang diperbuat kebanyakan muslimin. Wa billahit taufiq.

Tidak ada lagi bagi seseorang pun, untuk mengatakan pada zaman sekarang, bahawa membotak itu hukumnya makruh. Kerana tidak ada dalilnya kecuali hal tersebut merupakan simbol kaum khawarij. Sedangkan mereka sekarang pun di antaranya Ibadhiyah tidak berpegang teguh lagi ( tidak mewajibkan ), sebatas yang saya ketahui. Apabila mereka ditemui pada suatu negeri berpegang teguh dengan simbol ini (botak), maka penduduk negeri itu wajib untuk menyelisihi mereka berdasarkan dalil di atas (larangan menyerupai suatu kaum)- . Apabila tidak ada, maka pada dasarnya (hukum botak itu) boleh. Sesuai dengan hadits Ibnu Umar yang dishohihkan di kitab Al-Muntaqa . Sebenarnya pengarang lupa bahawa hadits tersebut diriwayatkan juga oleh Muslim . Sebagaimana yang telah saya takhrij di kitab Al-Ahaadits As-Shohihah (1123).

Adapun hadits : (laisa minna man halaq ), maka hadits ini potongan dari hadits Abu Musa Al-Asyary dengan lafal: (laisa minna man halaqa wa kaharaqa wa salaqa )

Ertinya: Bukanlah dari golongan kami orang yang membotak, merobek dan mengangkat suara.

Demikianlah yang diriwayatkan oleh sekolompok imam-imam, di antaranya; Imam Ahmad di Musnadnya ( 4 / 411 ), dan demikian juga di Shohihain (Bukhari Muslim). Imam Bukhari mencantumkan satu judul bab di kitabnya As-Shohih dengan judul : Bab Larangan Membotak Kerana Ditimpa Musibah . Oleh kerana itu, maka hadits ini khusus terhadap orang membotak untuk menyatakan kesedihannya, sehubungan dengan kematian karib kerabatnya. Perbuatan ini mengandung protes (tidak redha ) terhadap keputusan Allah Taala dengan dalil perkataan beliau : ( wa Kharaqa ) merobek kain, dan juga perkataannya : (wa salaqa ) yakni ; mengangkat suara dalam meratapi mayat.

Makna ini diperkuat lagi, sehubungan Abu Musa meriwayatkan hadits ini di waktu sakit ( yang menyebabkan ) kematiannya, seperti yang terdapat di Shohihain (Bukhari-Muslim). Hadits ini juga ditakhrij di kitab Al-Irwa ( no : 771 ) dan di kitab Ahkamul Janaaiz. Adapun perkataan Ibnu Abbas yang disebutkan di fatwa tadi, saya tidak menemui sanadnya. Saya tidak mengiranya shohih. Apabila shohih, perkataan itu diarahkan kepada ( perbuatan ) menyerupai Khawarij, sebagaimana yang telah berlalu ( hukum menyerupai khawarij, pent ).

Adapun pendapat yang mengatakan memanjangkan rambut kepala itu (hukumnya) sunnah, maka tidak ada dalil yang bisa dijadikan hujjah. Hadits yang shohih dari Rasulullah shollallahu alaihi wa sallam dalam hal itu (bahawa beliau memanjangkan rambut ), tidak cukup dijadikan sebagai dalil ( bahawa rambut panjang itu sunnah ). Sebab memanjangkan rambut itu merupakan adat kebiasaan. Sungguh sudah shohih juga hadits yang mengatakan, bahawa beliau shollallahu alaihi wa sallam masuk ke Makkah, sedangkan (di waktu itu ) dia mempunyai empat ghadair,seperti yang terdapat di dalam kitab saya Mukhtashor Syamail Muhammadiyah (35/23). Ghadair itu ertinya : rambut panjang dijalin atau bertocang.

Menjalin rambut panjang itu, semata-mata adat kebiasaan orang Arab. Sebahagian mereka masih melakukannya di sebahagian padang pasir ( sebahagian orang Badwi ). Maka apakah dikatakan juga, mentocang rambut panjang itu sunnah ! Sungguh sama sekali tidak Oleh kerana itu, pada adat-adat kebiasaan seperti ini mesti ada dalil yang khusus memperkuat bahawasanya adat-adat kebiasaan itu adalah sunnah ibadah. Bagaimana, sedangkan Nabi shollallahu alaihi wa sallam sungguh telah menyamakan (hukumnya), antara membotak dan membiarkannya di dalam sabda beliau :

Uhluquuhu kullahu au dzaruuhu kullahu
Ertinya : Botakkanlah seluruhnya atau biarkan seluruhnya. Bahkan beliau membotak kepala tiga anak kecil setelah tiga ( hari ), seperti yang disebutkan di fatwa tadi ( makalah di atas ). Pernyataan tersebut merupakan hadits shohih juga, saya telah mentakhrijnya di kitab saya Ahkamul Janaaiz Wa bidauha hal : 166.

Oleh kerana itu tidak ada bagi seorang pun dari kalangan pemuda yang ditimpa penyakit suka menyerupai ( mencontoh ) orang-orang kafir dan fasiq, pada rambut mereka, untuk bertopengkan sunnah. Sesungguhnya hal tersebut adalah sunnah adat kebiasaan, bukan sunnah ibadah. Apalagi kebanyakan dari mereka tidak mencontoh Nabi shollallahu alaihi wa sallam pada apa yang diwajibkan kepada mereka, seperti menggunting misai dan memelihara janggut.

Ertinya : Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya (Suart : 50, ayat : 37 ).