
Dipercayai Pedang Milik Rasulullah
Khalid Al walid . jom kita kenali dulu siapa Si Pedang Allah ini dan sebenarnya,selain daripada Rasulullah,beliau adalah tokoh utama dalam hidup saya sebagai seorang muslim.
Khalid Al-Walid merupakan sepupu Saidina Umar Al-Khatab.Sewaktu kecil lagi,mereka sering beradu tenaga melalui permainan gusti dan setiap kali perlawanan diadakan,Khalid sentiasa menjadi juara.Kehebatannya terserlah apabila dia berjaya mematahkan tangan Saidina Umar dalam satu perlawanan gusti,maka tidak hairanlah kalau Khalid dan Umar sangat disegani dan ditakuti oleh penduduk Makkah.
Khalid tidak pernah mengenal erti kekalahan dalam hidupnya walaupun sekali.Setiap peperangan yang dia sertai,baik sebelum dia memeluk Islam dan selepas dia memeluk Islam,dia tetap juara.
Perang Uhud VS Perang Muktah
Perang Uhud tercetus daripada kekalahan tentera Quraisy dalam perang Badar.Pada awal perang ini,Islam kelihatan seakan-akan telah memenangi peperangan apabila tentera kafir Quraisy berundur.Natijah daripada tidak menurut perintah Rasulullah supaya tidak turun dari bukit untuk mengambil harta perang(ghanimah),Islam telah kalah.Khalid yang begitu cakna dengan perubahan persekitaran,sedar akan tentera Islam telah turun ke kaki bukit.Mengambil peluang yang ada, Khalid dengan tentera pimpinannya telah berpatah balik ke Uhud dan menguasai gunung Uhud.Akhirnya,dia berjaya mengalahkan tentera Islam.
Manakalah Perang Muktah pula berlaku selepas Khalid memeluk Islam.Perang Muktah menyaksikan kematian tentera Islam yang begitu ramai antaranya Zaid Bin Harithah,Jaa’far Bin Abi Talib dan Abdullah Bin Rawahah(Kisah 3 Sahabat yang Syahid kerana mendahulakan sahabat dari dirinya-kIsah kongsi Air).Tentera Rom ketiak itu 20,000 orang ramainya dan tentera Islam tidak mencecah 10 000 orang pun.Atas persetujuan ramai,Khalid telah dilantik untuk menggantikan komandan(3 orang di atas) sebelumnya yang telah Syahid dan dia mengarahkan tentera Islam berundur setapak demi setapak.Berundur bukan bererti kalah kerana selepas berundur,beliau menyusun semula strategi dari awal dan menyerang balas Rom dan akhirnya,dia berjaya menawan Rom.
Dilucutkan Jawatan
Semasa Khalifah Abu Bakar memerintah,Khalid dinaikkan pangkat sebagai panglima perang.Perang menentang nabi palsu,Musailamah Al-Kazab pun diketuai oleh Khalid dan dia berjaya mengalahkan Musailamah dan sekutunya. Perang demi perang disertai oleh Khalid sebagai panglima dan suatu ketika semasa perang sedang berlansung,Saidina Umar dilantik menggantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah kedua Islam dan telah memecat Khalid dari menjadi panglima perang.Tempat Khalid digantikan dengan Abu Ubaidah.Mendengar berita tersebut,Khalid tanpa rasa kecewa telah menanggalkan serban yang melambangkan panglima perang dan menyerahkan kepada Abu Ubaidah.
Saat Roh Ingin Berpisah dengan Jasad
Ketika Khalid sedang uzur,Umar datang kepadanya.
“Khalid Saifullah(pedang Allah),aku sesekali tidak pernah berdendam dengan mu,jauh sekali dari hatiku untuk menjatuhkan kedudukan mu.Aku turunkan jawatanmu semasa kamu menjadi panglima perang bukan sebab aku cemburu dengan mu wahai sahabat,tetapi engkau tidak tahu,tatkala engkau keluar berperang sebagai panglima perang, penduduk Madinah telah tersenyum gembira dan ada di antara mereka seakan-akan mengagungkan mu,jika kau pimpin pasti kemenangan milik Islam,kata sesetengah dari mereka.Aku tidak ingin engkau menjadi sebab mereka syirik kepada Allah lalu aku turunkan jawatan mu wahai Sahabat,”ujar Saidina Umar Al-Khattab,mereka yang terdengar ucapan ini terus menangis.
Suatu ketika,seorang sahabat datang kepadanya.Walaupun dalam keadaan yang tersangat uzur,dia bingkas bangun dan membuka bajunya, “Wahai Sahabat,perhatikan badanku,adakah ada tempat yang tiada parut?"
“Jadi, bagaimanakah aku tidak bersedih? Kenapa ALLAH tidak menerima ku sebagai salah seorg syuhada’nya? Adakah taubat ku dulu tidak diterima?”Soal Khalid.
Mendengar keluhan Khalid itu,sahabat itu terus menangis dan kemudian dia berkata, “kau tidak boleh syahid,Khalid. Kau telah dilantik sebagai pedang Allah oleh Rasulullah dan pedang Allah tidak boleh patah di medan perang.”
Kata-kata sahabat itu benar-benar menggembirakan hati Khalid,dia tidak menyesal lagi dan akhirnya dia menghembuskan nafas nya yang terakhir dengan perasaan gembira dan redha terhadap ketentuan Ilahi.
Kata Nabi Itu Pasti
Ya,Khalid Al-Walid tidak syahid disebabkan kata-kata yang keluar dari mulut Rasulullah.Rasulullah telah berjanji apa-apa perang yang disertai oleh Khalid,pasti Islam akan menang,jadi jika Khalid syahid di medan perang,bagaimana Islam akan menang?
No comments:
Post a Comment